Showing posts with label CHILDREN'S NOVEL. Show all posts
Showing posts with label CHILDREN'S NOVEL. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

SINOPSIS:
Miftahul Raudhah berjanji dengan kakaknya Jannah untuk muncul cemerlang dalam akademik. Apabila kakaknya meninggal dunia akibat dibunuh oleh seorang wanita yang didakwa menderita penyakit jiwa DID sewaktu menuntut di Glasgow, Raudhah menanam cita-cita mahu menjadi pakar psikologi. Dia mahu mengkaji lebih mendalam tentang DID dan mahu mengubati ibunya yang mengalami kejutan psikologi selepas melihat jenazah anaknya. Raudhah yang mengambil 14 subjek, tertekan apabila dua sahabatnya Sharon dan Atiqah dapat masuk ke kelas elit untuk SPM sedangkan dia tidak dapat. Raudhah juga menjadi mangsa Tiga Minah Pengacau yang sangat benci dan dengki kepadanya. Dalam satu insiden, salah seorang Tiga Minah Pengacau iaitu Nuyu, insaf apabila diselamatkan dari lemas oleh Raudhah. Nuyu menjadi rapat dengan Raudhah dan mereka berdua bersama-sama Sharon dan Atiqah bergandingan untuk mengejar keputusan cemerlang. Di hujung cerita, Raudhah dan sahabat-sahabatnya berjaya naik ke pentas menerima anugerah pelajar cemerlang. Namun, selepas memenuhi �janji� pada arwah kakaknya itu, Raudhah mengubah cita-cita untuk menjadi peguam selepas ibunya sembuh dari kejutan psikologi.

Friday, 25 January 2013

SINOPSIS:
Kehidupan negara Sanggar Sakti begitu aman dan harmoni hinggalah muncul seorang penasihat diraja yang berniat mahu merampas takhta kerajaan itu daripada Raja Wangga Negara. Penasihat diraja yang bernama Jugra Hitam itu sedikit demi sedikit menghasut Raja Wangga Negara supaya mempercayai kata-katanya. Malangnya negara Sanggar Sakti menjadi huru-hara akibat daripada perbuatan Jugra Hitam.

Namun, dengan kemunculan semula Puteri Selembut Bayu yang dahulunya dibuang ke hutan gara-gara perbuatan Jugra Hitam, akhirnya keadaan negara Sanggar Sakti kembali aman dan sentosa.

Buku berilustrasi dan berwarna ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak berumur antara 8 hingga 12 tahun.
SINOPSIS:Mai benci � amat benci � pada Hafiz ekoran satu insiden memalukan di dalam bas RapidKL. Sungguh tidak diduga, �Lebai� itu akan duduk sekelas dengannya. Dan lebih tidak diduga, perasaannya pada Hafiz bertukar 360 darjah. Hadirnya Hafiz berjaya merubah suasana sekolah. Mai turut berubah. Tetapi Allah datangkan badai yang menguji. Ia memaksa Hafiz berhijrah sekolah. Tamat SPM, Hafiz meneruskan pengajian perubatan di Mesir. Dalam diam, Hafiz mahu hubungannya dengan Mai bukan sekadar kawan. Namun, pendedahan kisah silam yang melibatkan hubungannya dengan Mai, membuat Hafiz menyalahkan diri sendiri. Dia tidak pulang-pulang lagi.